Monday, 23 May 2011

Wahai suamiku... Dekatilah anak-anakmu!

Dalam Islam telah nyata dan jelas bahawa peranan mendidik anak bukan hanya kewajipan mutlak para isteri dan ibu sahaja. Seperti yang terkandung dalam dalam al-Qur’an banyak kisah-kisah yang menceritakan besarnya peranan suami sebagai ayah dalam pendidikan anak.

Salah satu contoh yang paling jelas adalah kisah Luqman yang memberikan nasihat kepada anak-anaknya di surat Luqman (surat 31 ayat 13 dan seterusnya..) Begitu juga apabila kita melihat sejarah Nabi-nabi dan Rasul yang mana mereka dididik dan diasuh dengan cara tersendiri. Misalnya kisah nabi Sulaiman yang dididik oleh ayahnya, nabi Daud, khusus untuk menggantikan kedudukannya sebagai raja, atau Nabi Yusuf yang mendapatkan curahan kasih sayang dari Nabi Ya’kub sehingga timbul perasaan dengki dan iri hati saudara-saudaranya yang lain.

Juga Rasulullah s.a.w sendiri, yang meski pun ditinggalkan oleh ayahnya sejak dalam kandungan, tapi peranan bapa ini digantikan oleh datuk dan bapa saudaranya yang mengasuhnya di waktu baginda kecil, ia sedikit banyak menyuburkan sifat-sifat kepemimpinan dan bakat perniagaan baginda setelah dewasa. Tentu saja semua hal ini tidak terlepas dari tarbiyah Robbaniyyah (pendidikan langsung dari Allah) mengingat tugas-tugas mereka sebagai Nabi dan Rasul, namun dari kisah-kisah Nabi dan Rasul tersebut terlihat jelas peranan ayah dalam pendidikan putera-puteranya.

Di kalangan tokoh gerakan Islam, Hasan Al-Banna sendiri menceritakan peranan ayahnya dalam mendorong perkembangan potensi beliau (di antara pengaruh guru-gurunya yang lain) sehingga beliau boleh mendirikan gerakan Islam terbesar di abad ini. Malangya dalam masyarakat kita samada disedari atau tidak wujud perbezaan di antara peranan ayah dan ibu. Sering kali seorang suami atau ayah itu dianggap sudah cukup baik jika dia telah bertanggung jawab memenuhi urusan kewangan keluarga.Seorang ayah yang tidak terlibat dengan urusan mengasuh dan mendidik anak masih dianggap biasa sahaja.

Walhal jika dilihat daripada aspek psikologi ia sangat menekankan kepentingan peranan ayah dalam tumbesaran anak-anak. Ikatan emosi antara ayah dan anak ditentukan salah satunya adalah interaksi. Interaksi yang baik di antara anak dan ayah dipercayai sangat mempengaruhi kecerdasan emosional seorang anak hingga membentuk dirinya menjadi seorang dewasa yang berjaya. Bagaimana suami yang juga berperanan sebagai ayah boleh menjalin ikatan emosional ini, ikuti tip berikut ini:

Persiapkan diri sejak isteri hamil
Masa kehamilan sembilan bulan ini dapat anda gunakan untuk mengajak suami untuk turut serta membuat persiapan dirinya sebagai ayah sebagaimana anda membuat persiapan sebagai ibu.. Sebagai suami dan calon ayah ,dia perlu berperanan aktif dalam membantu kehamilan isteri. Mengikuti persiapan persalinan, membaca buku mengenai kehamilan, merawat bayi atau berbelanja bersama untuk menyambut kelahiran bayi.

Jika berpeluang mintalah suami menemani anda dalam bilik bersalin. Melihat pengobanan isteri melahirkan anak dan detik-detik terdengarnya tangisan bayi akan menambah lagi rasa kasih sayangnya terhadap isteri lebihlebih lagi terhadap anak.

Turut aktif mengasuh bayi
Sedari awal menjelang kelahiran, cubalah ikut aktif menjaga dan mengurus bayi . Di percayai seorang ayah yang turut sama mengganti lampin, memandikan bayi dan mengasuh bayi sejak lahir besar kemungkinan akan meneruskan tugas ini dibulan-bulan berikutnya.

Di peringkat awal pasti merasa kekok dan mungkin tersilap cara, tapi lama-kelamaan suami akan terbiasa dengan tugas-tugas ini. Bayi anda akan semakin merasakan kehadiran suami anda sebagai ayahnya, mengenali wajah , suara dan bau ayahnya.

Bermain bersama
Ketika bayi semakin membesar, luangkan masa bersama untuk bermain, membaca, buku, atau melakukan aktiviti yang menyenangkan bagi bayi anda yang telah mula merangkak, belajar bertatih dan bercakap. Ciptakanlah permainan yang sesuai dengan usia anak.Membaca, menggunting dan dan menampal bersama-sama.

Terlibat dalam kehidupan sosial anak anda
Ketika anak anda mulai menginjak alam persekolahan, dia pastinya akan memulakan kehidupan sosial yang baru. Sebagai bapa usahakan terlibat dalam kehidupan sosial anak anda. Contohnya mengenali nama kawankawannya, gurunya dengan siapa dia bergaul, akitiviti yang dia lakukan bersama rakannya atau gurunya.

sama-sama dekatkan diri dengan ilahi


“…Antara kelemahan diri seseorang adalah sering kali mencari kelemahan orang lain. Sedangkan adalah penting untuk kita memuliakan diri kita dengan memperbaiki diri dan seterusnya bertafakur serta jujur dengan diri sendiri.

Kata-kata ini sungguh bernas, mengajak kita semua berfikir akan kebenarannya. Ya, tidak dinafikan, kenapa perlu kita menuding jari mencari kesilapan orang lain sedangkan tanpa sedar 10 jari lain menuding ke arah kita?